Halaman

Jumaat, 15 Oktober 2010

Mekar Sejambak

Hadirmu umpama titian yang panjang
seusia hidup umpama selama-lama hayat berkumandang
Tatkala menerjah lahir dari impian
gelora rasa menekan hati dan perasaan
sayup-sayup rasa kedengaran
degupan jantungmu makin melupakan
mekarmu sejambak semakin hilang
kesepian rasa membungkam perasaan

Dulu janjimu kuatkan tujuan
tiada impianmu tanpa kerelaan
meskipun jiwamu hancur dengan tangisan
mekar cintamu sejambak sayu kini menghilang
mekar sejambak kucup tanpa kekuatan

Aduhai impian
takdirkah kita dengan harapan
sedang hatimu musnah dek kepekatan
terasa petawali yang ditelan..
Mekar sejambak kini kucup dari impian...

Tiada ulasan: