Cintaku Untukmu Juga saat ini.. |
Setitik Embu Pada Pokok Bonzai.. wkakakakak |
Bicara soal setitik adalah amat mudah untuk ditakrifkan istilahnya. Sama ada istilah secara makna kata ataupun makna tersiratnya. Natijahnya dalam hidup ini adalah sangat sukar untuk mencari jawapan kepada kata yang dinamakan setitik itu. Pergantungan kepada makna lebih berfokuskan kepada penilaian individu yang hakikatnya adalah sangat bergantung kepada penilaian yang bersifat peribadi. Dalam merungkai keperibadian seseorang pulak, kebergantungan melihat dan menilai apa yang diperkatakan dan apa yang diperbuatnya, akan dapat memandu kita untuk menilai arah mana pemikiran dan sifatnya. Hata demikian, bukanlah mudah untuk secara objektif meilhat sifat sebenar individu itu. Jauh daripada apa yang kita bayangkan, apa yang kita lihat dan fikirkan, kadang-kadang telah menyimpang jauh dari hakikat dan kebenaran.
Dalam coretan setitik embun ini juga tentulah amat pasti dan kita semua sedari bahawa, penulisannya juga bergantung kepada penilaian peribadi. Bicara setitik embun bukanlah berkisar terhadap makna hurufiahnya, tetapi Cuma berdasarkan pandangan ringkas tentang pengalaman hidup dalam mencintai dan menyayangi seseorang. Cinta yang dibayangkan hanyalah berupa setitik embun, kerana kalau namanya hanya setitik, memang sangat mudah untuk hilang, tatkala mentari muncul di waktu pagi.
Kisah 7 tahun yang lalu, seawal tahun 2000, merupakan permulaan kepada apa yang dikatakan cinta dalam hidupku. Bagaimana, pemaparan kisah ini bukanlah untuk merindui kisah ini kembali, tetapi hanya sekadar mencatitkan kembali, apa yang pernah berlaku dalam hidupku. Kalaupun dikatakan kisah ini hanya dianggap rekayasa picisan, tidak menjadi masalah untuk menilai mengikut pandangan individu, ataupun kalau dia dianggap sebagai membetulkan kesilapan sendiri juga tidak mengandung apa-apa makna bagiku. Kisah pertemuan pertama aku dengannya adalah secara kebetulan dalam sebuah Bas dalam kampus UMS. Ketika itu aku berada dalam tahun pertama, dan semester kedua. Dalam perjalanan pulang dari kuliah, seorang gadis duduk bersebelahan denganku setelah bas berhenti di hadapan dewan kuliah pusat. Yang peliknya, dia membawa sebekas pasir. Dengan perasaan hairan, aku bertanya untuk apa pasir tersebut. Katanya, pensyarah mereka mengarahkan untuk menanam kacang di dalamnya. Aku sebenarnya sangat merasa ragu, apakah benar kacang boleh tumbuh dalam pasir berkenaan. Maklumlahkan, aku adalah dalam sekolah pendidikan, tetapi gadis itu dalam sekolah perhutanan. Jadi memang amat wajar bagiku untuk merasa hairan.
Dengan merasa pelik, aku menyebarkan perasaan ingin memberikannya hadiah, sekiranya benar apa yang ditanam olehnya dalam bekas berkenaan tumbuh. Kerana sebenarnya setakat ini dialah orang pertama yang aku lihat menanam kacang dalam pasir yang halus. Dipendekkan cerita, sampai seminggu kalau tidak silap aku, diapun datang berjumpa dan menunjukkan bekas berkenaan yang telah tumbuh. Na, akhirnya, sebagai balasan dan hadiah yang aku tawarkan untuknya, aku telah membelikannya tiket Golden Cinemas dan pergi menonton wayang bersamanya meskipun pada ketika itu hujan sangat lebat. Dari situ bermulalah kisah cinta dan pertemuan aku dengannya. So, yang lain-lain tak dapatlah diceritakan lagi. Dipendekkan lagi cerita, antaranya dan keluargaku sudah sebati, kerana setiap kali dia tiada kuliah atau ada kerja lapangan khususnya di Semporna, dia akan datang dan ke rumah keluargaku. Begitulah perjalanan kisah ini hingga akhir 2003. Cuma satu perkara yang pernah kami singkirkan untuk dibincangkan adalah di mana akan menetap nanti sekiranya telah menikah. Perbezaan jarak ini telah dipendamkan sahaja, hinggalah hujung kisah. Sebenarnya, keluarganya juga begitu baik terhadapku, khusunya semasa datuknya masih hidup lagi.
Pada tahun 2004, pada ketika itu aku sudah mengajar di salah satu sekolah menengah di Semporna. Dan teringinlah sangat untuk mendirihkan rumah tangga dengannya. So, apa yang akan aku perkatakan bukanlah bagaimana rindunya aku pada ketika itu, tetapi bagaimana kisah itu berakhir dengan hanya satu kata. Pertengahan tahun 2004 itu, aku siap mengaturkan seluruh keluargaku untuk bersedia tentang pernikahanku dengannya. Maka, keluargaku yang berada di Semenanjung juga telah bersedia pada tarikh yang dipersetujui. Cuti yang aku minta juga telah diluluskan. Pendek kata, semuanya telah sedia. Na, pada petang itu, aku menghubunginya, tetapi negative sekali apa yang aku dengar. Katanya, dia tidak jadi menikah denganku, salah satunya syarat yang rasanya masih aku ingat lagi adalah, aku harus serta merta berpindah ke Alor Star. Malah yang sangat perit aku dengar adalah, katanya, dia boleh mencari laki-laki lain tetapi dia tidak mungkin akan dapat mencari ayahnya lagi, kerana saat itu ayahnya sudah tidak merestui hubungan kami. Dengan rasa sangat terkilan dan kecewa yang amat sangat ketika itu, aku hanya mampu mengucapkan terima kasih, tanpa apa-apa kata lain. Terputuslah hubungan dan aku tidak pernah mempersoalkan kenapa tiba-tiba sahaja keputusannya dan keluarganya berubah tiba-tiba. Tetapi dalam hati kecilku, dia adalah punca semuanya dan yang bersalah dalam hal ini adalah daripadanya.
Begitulah berakhirnya kisah kasih, kalau hanya dalam hati cuma terdapat setitik embun kasih di hati. Sukar menongkat arus, apatah lagi bergelombang dalam ombak mahupun kemarau yang panjang. Dengan hanya satu sinaran mentari, terpadamlah kasih, dan musnahlah impian di hati. Kini, aku telah jatuh hati lagi, tetapi kisah kasih ini terlalu jauh berbeza daripada asalnya tadi. Apakah sejarah dan peristiwa perpisahan ini akan berulang lagi? Sejauh manakah kasihnya padaku tidak dapat dirungkai lagi, kecuali sudah terdapat permasalahan dalam hubungan ini. Atau mungkin cinta kasih ini masih hanya sekadar setitik embun, yang akan hilang tatkala mentari menyinari bumi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan