Halaman

Jumaat, 27 Februari 2009

Semporna

http://ms.wikipedia.org/wiki/Semporna
SEMPORNA

Semporna merupakan sebuah pulau besar di mana di sekelilingnya terdapat banyak pulau yang mampu menarik minat sesiapa sahaja dalam bidang perlancongan. Antara pulau yang paling diminati oleh pelancong sama ada dari luar negara atau tempatan adalah Pulau Sipadan dan Pulau Mabul. Semporna dihubungkan dengan daratan melalui jambatan Pegagau yang mana kawasan Pegagau ini masih merupakan kawasan Semporna. Dalam peringkat zon, Semporna termasuk dalam zon Tawau.
Masyarakat di Semporna berbilang kaum, bangsa dan agama. Namun kaum yang mendominasi di Semporna adalah suku kaum Bajau dan Suluk yang berasal dari Selatan dan Barat Laut di kepulauan Filipina.
Semporna juga terkenal sebagai tuan rumah acara lumba dayung Regatta Lepa (lumba perahu kecil) yang dijalankan pada April setiap tahun.
Asal-Usul Nama Semporna
Nama Semporna berasal daripada perkataan Simporna yang bermaksud 'tempat untuk berehat'. Nama Simporna ini diberi oleh seorang Gabenor Inggeris, iaitu W.M Crocker apabila beliau dan beberapa orang rakannya termasuklah seorang pedagang China yang bernama Toonah menemui daerah tersebut pada pertengahan tahun 1887 (Tabrett 1999).
Pada zaman dahulu kala, Semporna dikenali sebagai Tong Talun yang bererti 'Hujung Hutan' dalam Bahasa Bajau. Nama Tong Talun ini diberi oleh masyarakat Bajau Semporna yang merupakan suku kaum utama di kawasan Semporna. Semporna jugak mempunyai banyak pulau-pulau di antaranya pulau terbesar iaitu Pulau Bum-bum.